CIMB - Aviva

cimb aviva

Tentang CIMB Aviva

CIMB Aviva merupakan syarikat usahasama antara Kumpulan CIMB dan Aviva plc. Kumpulan CIMB adalah pembekal perkhidmatan kewangan yang kedua terbesar di Malaysia yang juga merupakan salah sebuah kumpulan perbankan yang terunggul di Asia Tenggara. Aviva adalah kumpulan insurans yang kelima terbesar di dunia* dan pembekal perkhidmatan insurans yang terbesar di UK.

CIMB Aviva menawarkan rangkaian insurans hayat komprehensif dan produk-produk serta perkhidmatan Takaful di CIMB Bank dan CIMB Islamic yang beroperasi di atas dua platform perbankan di 367 cawangan di Malaysia.

CIMB Aviva juga berkongsi kepakaran global Aviva yang memberi perkhidmatan kepada 50 juta pelanggan merangkumi Eropah, Amerika Utara dan Asia Pasifik. Aviva mencatatkan jumlah jualan £51.4 bilion (RM316.11 bilion) dan pengurusan dana berjumlah £381 bilion (RM2.34 trilion) pada 31 Disember 2008.

* berdasarkan premium kasar seluruh dunia pada 31 Disember 2008
Purata kadar pertukaran 2008 1£ = RM6.15

Muat turun
Maklumat Produk
Kalkulator
Muat Turun Kontrak Induk Takaful
Pengiraan Anggaran
Bayaran Balik
Pinjaman lagi